top of page

kelebihan kain Cotton

  • Dec 7, 2015
  • 3 min read

Lumrah seorang wanita adalah untuk kelihatan cantik. Kecantikan yang diidamkan bukan sahaja meliputi kecantikan kulit dan rupa paras, malah wanita juga gemar mengenakan pakaian yang cantik agar kelihatan anggun dan bergaya. Bukan itu sahaja, pakaian yang dipakai juga perlulah selesa agar penampilan diri menjadi lebih sempurna dan bebas untuk melakukan sebarang aktiviti. Jom kita tengok beberapa fakta tentang kelebihan fabrik ini.

  • Kain cotton dihasilkan daripada pokok kapas, iaitu sejenis tanaman yang boleh dikatakan agak tua di dunia. Kapas dikatakan sangat bernilai kerana di dalam pembuatan benang kapas, hanya 10% sahaja berat kasar kapas akan hilang akibat daripada penyingkiran kesan lilin, protein dan beberapa sumber lain. Baki yang tinggal selepas kapas diproses adalah polimer selulos (cellulose) yang tulen.

  • SELULOS merupakan BAHAN UTAMA yang terdapat pada benang dan kain kapas.LEBIH BANYAK selulos digunakan, LEBIH TULEN benang dan kain kapas yang dihasilkan! Maka, LEBIH TINGGI NILAI fabrik kapas tersebut disebabkan oleh keasliannya.

  • Pakaian yang diperbuat daripada gentian kapas amat selesa untuk diperagakan. Ia bukan sahaja sesuai untuk digayakan oleh golongan dewasa, malah ianya juga amat sesuai jika dijadikan pakaian bayi dan kanak-kanak.

  • Pakaian yang diperbuat daripada gentian kapas adalah lembut dan dapat memberikan kesan selesa kepada sipemakai. Oleh itu, ia membolehkan kita bergerak dengan aktif dan kekal selesa walaupun dalam keadaan cuaca yang panas.

  • Sifat kapas yang menyerap akan membuatkan pakaian yang dipakai menyerap peluh yang mengalir dan jika sekiranya suhu adalah sejuk atau berangin, kita akan tetap berasa nyaman dan selesa.

  • Kain kapas juga merupakan diantara kain yang terbaik di dunia. Stuktur tenunan kain yang berongga akan membenarkan pengaliran udada yang baik dan membantu kulit untuk mendapat pengudaraan yang baik.

  • Pemakaian pakaian yang diperbuat daripada kapas akan membolehkan kulit kita untuk bernafas dengan baik. Di samping itu, ianya juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan kulit seperti alahan, kulit sensitif dan asthma yang mungkin disebabkan oleh alahan terhadap habuk mahupun hama. Kenapa?

  • Kajian menunjukkan bahawa kain yang diperbuat daripada kapas adalah bersifatHypoallergenic. Seperti kulit bayi yang amat sensitif, halus dan lembut, mereka yang mempunyai masalah kulit juga memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memelihara kesihatan kulit mereka, termasuk dari segi pemilihan pakaian dari fabrik yang tertentu.

  • Adalah dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kulit dan allergi untuk mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas bagi mengurangi masalah kulit yang dihidapi.

  • Percaya atau tidak, pakaian yang diperbuat daripada kapas juga mampu untuk mengatasi masalah bau badan. Ini kerana, kain kapas mengandungi bahan yang merupakan agen penyerap bau semulajadi! Jadi, ini merupakan satu lagi daripada sifat hypoallergenic yang terdapat pada fabric kapas yang dapat kita manfaatkan di dalam pemilihan kain.

  • Kain kapas juga merupakan fabrik yang tahan lama, tahan lasak, tidak mudah rosakdan tidak mudah mereput. Ini kerana kain kapas dihasilkan daripada gentian kapas yang sangat kuat dan amat tahan kepada suhu yang tinggi.

  • Kain kapas boleh direndam di dalam air panas pada susu didih jika ingin dibersihkan tanpa perlu berasa risau sekiranya struktur kain kapas anda rosak kerana kain kapas akan tetap utuh walau dalam apa jua suhu sekalipun.

  • Kain kapas juga merupakan fabrik yang amat sesuai untuk semua jenis cuaca dan iklim.Apa yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti tertentu di dalam iklim-iklim tertentu, terutamanya aktiviti yang akan mendatangkan risiko seperti aktiviti pendakian gunung terutamanya dinegara-negara yang beriklim sejuk.

  • Kain kapas juga adalah agen penebat yang baik. Ia mampu menghalang arus elektrik dari sampai ke badan si pemakai dan menyebabkan renjatan elektrik!

  • Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa sifat kapas yang menyerap akan membuatkan pakaian akan menjadi basah kerana menyerap peluh yang mengalir atau titisan air yang menitis pada pakaian. Air ini akan dipegang oleh gentian-gentian kapas yang terdapat pada pakaian dan ini akan menghilangkan sifat penebat yang ada pada pakaian tersebut!

 
 
 

Comments


Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2015 by AZricco729. Proudly created for Haizum Barokah

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon
bottom of page